Thursday 4 November 2010

Pernahkah Anda Minum Susu Ayam?


Saya pasti anda belum pernah minum susu ayam. Saya juga begitu, dan tahukah anda kenapa? Ini adalah kerana ayam tidak menghasilkan susu. Ini selari dengan kenyataan ayam termasuk dalam kalangan burung. Hanya mamalia dan manusia(saya tidak menganggap manusia termasuk haiwan seperti yang dianuti sesetengah pihak) yang menghasilkan susu dan menyusui anaknya. Well, saya juga sedar bahawa selain dari susu mamalia terdapat juga susu lain seperti soy milk(susu keledai/air kacang soya) dan coconut milk(santan), tapi perkara itu kurang berkenaan dengan susu yang saya maksudkan.

susu dan derivatnya
Susu adalah cairan bergizi berwarna putih yang dihasilkan oleh kelenjar susu mamalia betina. Susu adalah sumber gizi utama bagi bayi sebelum mereka dapat mencerna makanan padat. Susu binatang (biasanya sapi) juga diolah menjadi berbagai produk seperti mentega, yogurt, es krim, keju, susu kental manis, susu bubuk dan lain-lainnya untuk konsumsi manusia.






Ok, mesti ada yang tertanya tanya kenapa saya bercerita pasal susu. Hehe, begini. Beberapa hari lepas semasa berdiskusi tentang osteoporosis, dokter pembimbing bertanya."Susu apa sahaja yang mengandung kandungan Kalsium(mineral penting untuk pertumbuhan tulang) yang tinggi? Adakah semua jenis susu? Adakah susu keledai juga dapat memenuhi keperluan kalsium badan?" Makanya, setelah membuat sedikit pembacaan. Saya mendapatkan bahawa kandungan kalsium dalam susu keledai adalah rendah kalau dibandingkan dengan susu yang biasa diminum(susu sapi). Namun begitu kandungan proteinnya hampir sebanding dan kelebihan susu keledai adalah tiadanya kandungan kolesterol :)


Oh ya, maybe anda berminat nak tahu ape itu lactose intolerance.. Boley la baca dekat sini ye.. Sebabnya takot post ni panjang sangat dan dapat menimbulkan kebosanan membaca.

Maka, kesimpulan yang dapat dibuat :

1) Susu keledai kurang dapat menyediakan keperluan kalsium yang dibutuhkan oleh tubuh
2) Kita haruslah berusaha memenuhi kebutuhan kalsium tubuh demi menjaga kualitas hidup dan terhindar dari penyakit-penyakit seperti osteoporosis.
3) Itik yang termasuk dalam kalangan burung juga tidak menghasilkan susu.

janganlah sedih wahai itik. walaupon tiada susu anda sedap dimakan

2 comments:

  1. Haha... Aku pun mula konfius fikir2 kot aku pernah minum susu ayam.. :b

    ReplyDelete
  2. haha, ayam2 jerman ade susu kot

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...