Sunday, 21 November 2010

Fungsi Kuku Kakiku Yang Kaku

contoh kuku jari yang sihat dan cantik plus cool

Kuku kakiku yang kaku memang tidak ade fungsi. Tapi tahukah kamu-kamu ape fungsi dari kuku-kuku di jari-jari tangan-tangan dan kaki-kaki kamu-kamu? Jadi, fungsi dari kuku antara lain adelah melindungi jari. Then, ia juga membantu proses dari memegang oleh jari-jari mahupun proses mencengkam benda. Dan sesetengah orang menyatakan fungsi lain dari kuku adelah untuk tujuan kosmetik terutama pada wanita la, seperti contoh dalam gambar di atas. Selain itu, kuku juga berfungsi untuk mengikis lapisan timah pada kad topup, dan juga korang tau la, cungkil-cungkil. cubit-cubit orang pon boleyh gak plus untuk melombong di lubang hidung.. XD


Tahukah korang bahawa semua primate contohnye gorilla dan orang utan memiliki kuku. Kalo pada haiwan fungsi kuku dan juga cakar(claw) mungkin lebih bermakna jika dibandingkan pada manusia(pada pendapat aku la). Cakar digunakan ayam untuk mengais tanah untuk mencari makan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kuku gak digunakan untuk menggali lubang. Cakar helang dan cheetah lak untuk berburu mangsa seperti tikus dan kuda belang. Selain itu kuku/cakar pada haiwan berfungsi sebagai pertahanan diri dari musuh.



wolverine juga mempunyai cakar tajam sebagai senjata

Cube la korang bayangkan jari-jari korang takde kuku.. Mesti rase janggal dan tak selesa serta terase jari-jari lembut.. Nak gigit pon tak boley kan?? Aku tau ramai yang ade kebiasaan gigit jari. Aku pon ade time-time tu suke gak gigit tanpa disedari.



Now, korang mesti nak tau kan sekarang ni sape yang mempunya kuku paling panjang di dunia.. Dia adelah seorang wanita USA bernama Lee Redmond.




Dye ni memang malas nak potong kuku. Tak penah potong kuku sejak tahun 1979. Ini bermakna kuku die lebih tua berbanding aku ni.. Ni yang kene hormat ni.. Hurmmm.. Panjang kuku die ni plak adelah 7 m 51.3 cm (24 ft 7.8 in) kalau disambung semua la. Sebab nak panjang kuku punye pasal, beliau mengamalkan diet tinggi protein. Tapi rasenye kalo kuku panjang cam ni hilang la fungsi-fungsi kuku.. Melainkan untuk kosmetik la, tp cantik ke??? Hahaha.



Yang ni plak maybe kuku kaki paling panjang?.. Serius buruk.. Ape kejadahnye la.. Aku ni serius takley kuku panjang-panjang ni.. Lagipon kuku aku ni jenis yang kalo panjang siket je dah mudah kotor. Kalau kuku aku ni tak potong memang boley tak tido semalaman sebab tak tenang.

ini kuku itik

Jadi same-samelah kite menjage kuku agar seeloknye pendek dan jangan digigit-gigit sebab nanti kuman masuk dalam mulut. Bagi yang bercadang nak pecahkan rekod nenek di atas tu aku nasihatkan tak payah le.. Dan bagi yang suke mencubit dan mempunyai cubitan yang sakit tu kurang-kurangkanlah ye.. Cubit bila perlu je ok. Semoga kuku-kuku kita semua semakin sihat dan cantik agar dapat berfungsi optimal dan tidak dianggap pengotor. Sekian

4 comments:

  1. kuku tak terurai oleh bakteria kan?

    ReplyDelete
  2. x tau la amir..
    tp kalo sekitar kuku tu luke or robek mudah kne infeksi gk la..
    contoh paling senang cagu..
    kalu kuku yg keras tu x sure, maybe x kot

    ReplyDelete
  3. wooo...siap color2 lagi kuku kaki tuh...
    cmner nk jalan, ssh kan hdp jer
    mcm2 manusia ni..
    selamat menjaga kuku msg2 =D

    ReplyDelete
  4. tu la pasal.. x susah g cari susah..
    layankan je ..
    hohoho

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...