Thursday, 23 December 2010

Sorry

Perghhh, da lame tak update blog ni.. Bukan tak mau, tapi tak mampu akibat diri yang tidak cukup berkehendak(nak seribu daya, tak hendak seribu dalih). Tapi aku update jugak walaupon takde isi, just nak hilangkan sawang-sawang di blog yang dah lame tak update la.. Tapi nanti aku update la ye.. Tajuk dah ade.. Antaranya, "Perampas dan Dirampas" dan juga "Babi ; Masihkah Tabu?". Just wait ok.. Hehe.. Tapi kemungkinan bukan untuk tempoh terdekat memandangkan busy dan tidak bertenaga dan pikiran yang tidak jernih pada masa ini.. Besok(Jumaat, 24 Disember 2010), aku akan bertolak ke Semarang, untuk ke Kepulauan Karimun Java seterusnya ke Bromo, InsyaAllah kalo takde ape2 yang menghalang plan kitorang.. Pasal trip kali ni akan aku siarkan la nanti ok setelah pulang.. Doakan perjalanan kami selamat, dan diredhai serta mendapat segala kebaikan dan kegembiraan.. Amien.

Actually, aku update ni adelah sebab takley tido sampai sekarang walhal aku patut dah melelapkan mata selambat-lambatnya 2 jam lepas.. Esok kene bangun awal sebab nak gi main badminton seawal jam 8 pagi. Maybe, salah satu perkara yang menyebabkan aku sukar nak tido adelah karena blog yang tidak terupdate?? Harap-harap, lepas update ni tenang sket nak tido.. Hohoho.. Ok, cukup la ngarut.. Meh aku kasi tgok pokok-pokok krismas yang aku temui sepanjang hari ini(smalam)..

fizati, ni kat lobi Park Lane Hotel, Jakarta

Wednesday, 8 December 2010

Serba sikit GAjaH : oleh saudari Faraha


Gajah merupakan haiwan istimewa. Walaupun tidak untuk dimakan seperti itik, gajah bukanlah haiwan liar yang ganas kecuali jika terancam. Gajah haiwan yang baik.

Gajah dan Negara
1. Thailand
Juga dikenali sebagai negeri Gajah Putih. Gajah adalah haiwan yang suci untuk negara tersebut. (gajah putih=gajah yang memiliki kulit cerah) gajah putih yang dijumpai di Thailand harus diberikn kepada raja kerana dipercayai semakin besar kekuasaan dan nasib kerajaannya. Huh, Hebat gile gajah!

2. Malaysia
Kalau kat msia pula, ada 2 tempat yang paling popular tentang gajah ni
  • Alor gajah
Asal nama diberi dari penduduk setempat yang memberi nama alor gajah kerana tabiat sekumpulan gajah liah yang terlihat selalu berjalan berkumpulan menurut alor di sebatang sungai.
  • Batu gajah
ada 2 versi nama batu gajah ni.
versi pertama- apabila bijih timah mula dijumpai di Batu Gajah, ramai pedagang asing dari Sumatera datang melalui Sungai Kinta untuk berdagang timah. Mereka kebanyakannya penganut agama Buddha yang menyembah berhala. Oleh sebab tempat tersebut belum bernama, mereka telah mengukir dua batu besar di tebing Sungai Kinta menyerupai dua bentuk ekor gajah.
versi kedua- pelombong-pelombong bijih timah telah menemui batu-batu sebesar gajah dan keras seperti kepala gajah. Pelombong-pelombong
kemudiannya menamakan kawasan tersebut ‘Batu Gajah’ (Batu Besar). 
Kalau xtau negeri ape kat alor gajah n batu gajah tux tau la nak kate pe.@.@

Thursday, 2 December 2010

Nasi Kangkang : Menu 18 tahun ke atas

Nasi merupakan makanan ruji di banyak negara-negara asia contohnye Malaysia, Indonesia dan Jepon. Salah satu makanan faveret Barrack Obama(betul ke ejaan?) semase dye menetap kat Indonesia ni adelah nasi goreng.. Aku tau korang tak pedulik pon. Ade pendapat orang kate nak kurus jangan makan nasi banyak-banyak. Betul ke? Hurmmm, boley la.. Hohoho. Tips kalo tersedu tak hilang-hilang.. Amek nasi sket, gumpal-gumpalkan, selawat(bagi yang Islam la), pastu letak bawah lidah kejap, pastu telan.. InsyaAllah pastu ok.. Aku da try, jadi.

Ni nasi, sape cakap tak penah tengok or tak penah makan memang zzzzz la..

Ok, nasi kangkang bukanlah nasi yang dimakan dengan posisi mengangkang. Bukan juga nasi yang dimasak sambil terkangkang. Ade kisah mamak yang berjalan jatuh akibat terdapat halangan didepannye lalu terkangkang di hadapan semangkuk nasi, nasi itu juga tidak disebut sebagai nasi kangkang. Nasi Kangkang ni adelah nasi yang dimasak dengan kasih sayang dan telah disihir menggunakan ilmu hitam diletakkan dibawah kelangkangan setelah dimasak(time masih ber-wap lagi) dan mengandungi mani dan haid perempuan tersebut(definisi ak sendiri :P).. Eeuuwwww..

Sorry Nikki, aku bukan anti kat ko, tapi gambar ko je yang ade dengan aksi tidak berape nak sopan :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...